Thursday, May 19, 2011

EXAM!

huuuu...exam. stress!!!
ikutkan hati memang malas mw study. ingat mw balik kmpg ja..
minggu depan tu..hehe
kelmarin first paper. boleh tahan jugalah susahnya..FPK.
harap-harap luluslah.
gud luck untuk subjek seterusnya. ok ^_^

Monday, May 9, 2011

Berjaga-jagalah!

Banyak percobaan dalam hidup ini terutama kepada para belia (saya sendiri seorang belia). Perkara yang paling mencabar ialah bilamana ia mulai membuat pilihan sama ada untuk menjadi pengikut Kristus yang benar-benar setia atau terus membiarkan diri terbawa dengan keseronokan duniawi. Namun, saya percaya jika seseorang itu benar-benar mencintai Yesus, tiada yang mustahil. Kejahatan itu pasti dapat diatasi dengan kebaikan.. 

Sesungguhnya, senjata yang paling berbisa melawan iblis ialah kecekalan dan ketabahan hati untuk menyembah Tuhan dan mengikuti segala pengajaranNya. Dan yang peling penting ialah rajin, tetap dan setia berdoa. Sebab itu, janganlah lalai didalam hal berdoa. Tetaplah berdoa lebih-lebih lagi apabila ada keinginan untuk berbuat jahat atau apabila digoda oleh Iblis.Amin. 
(http://pakjanggut.blogspot.com)

Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day

Hello..shallom...alleluia..puji Tuhan. Praise to the Lord. Tq for giving me chances to renew myself. hari ni sy balik dr Seminar Hidup Baru dlm Roh pd jam3.00ptg. sy, alexa n elve kena hntr oleh ipar bapa angkat kami En. Dunggi n his wife Pn. Diana. May God bless their family. masa tnggal d ruma durg sy rasa mcm d ruma sendiri ni. terubat rasa rindu dgn mama d kg. hari ni hari ibu. selamat hari ibu mama. smga Tuhan terus mmberkati dn mnguatkan mama.....



Satu hal lagi. hmpir sy trlpa yg hari ini sy jga mmpunyai seorg lagi ibu. auntie Cecilia Lee. sori auntie. i m forgot to give u a call. tommorrow la. smga dia sihat selalu. sy harap suatu hari nnti kta akan brjumpa. God bless~
orait...ttg seminar hdup baru dlm roh. banyak yg sy pelajari di sana. bermula dgn sesi pertama yg disampaikan ole fr. Nik, iaitu Ketuhanan Tuhan Yesus. Sungguh, Yesus itu Tuhan! kemudian, sesi kedua oleh Bro. Rhobby (bru sy tw ejaan yg btl.sblm ni sy ingat Bro. Ruddho.hehee..sori brother) Bro. Rhobby stdy together with my kajen Bro. Maxmillian as a seminarian di srwk. May God bless u all. seterusnya banyak lagilah sesi2 kena bagi dn mmg sy bersyukur sgt2 sebab melalui seminar ini banyak perkara baru yg saya pelajari. ttg kasih, pngampunan, pnyelamatan dll. smga benih yg sudah ditanam terus bertumbuh..Amen.
now, kena start stdy. gud luk, all da best, God bless....


Wednesday, May 4, 2011

UJIAN BAH....

Ish3x..banyak betul ujian. tadi ptg baru ja abis UAK Titas. tda bsedia lagi tu. lpas tu main hantam sja. ujian PKK pun ada. bisuk pula ujian komputer utk ambik lesen. adeeiiii, sy betul2 teruji ooo. Jennet bertahanlah..cobaan!!! hehehe. 
So, skg  mau study kijap utk bisuk.  xmaw gagal bah..susa kama kalo gagal. tda masa, tda kawan maw p mngulang. mgawi po tusin. haha..
Gudluck untuk besok terutama sama geng2 sekelas mcm c poh, tiya, chie, n tt...chayo2x

Tuesday, April 26, 2011

KEMBALI LAGI

Waaaaaaa....lama suda saya tida pigi update blog saya.hehe..teda masa bah. sibuk buat asgment. handle malam apresiasi puisi sama debat lagi. adoi!!!oudipon ne boh kopio. nga kuroyon pedilah. maan nopo..
sikarang saja ada chnce ni mw tulis2 d blog. nanti mingu depan2 ada exam sdh. eee,,,kalo ikut rasa malas memang malas o mw stdy. tapi kan..sy rasa2 sy ni jenis yg nda dpt bt apa2 sdh kalo tlampau last minit sdh. bisa sakit jantung bah. mcm bt asgment bm dulu. sgt stress sampai otak jem.hahahhaa...
Oke...azam baru sy sebenarnya ialah mw mula stdy. 'Sayang Bah Itu Masa'  kalo tda mula dr sekarang. Chayo2x jennet!!

Lallalaa...sebelum saya terlupa. Selamat Hari Paska kepada semua umat Kristian di dunia ini. Bersukacitalah dan bersorak sorailah sebab Tuhan telah bangkit. Bila direnungkan betapa besarnya pengorbanan Tuhan Yesus kepada kita sehingga Dia sanggup mati di kayu salib demi pengampunan dosa umat manusia..Tuhan sy minta ampun sebab sy seringkali terjatuh dan mengabaikan bisikanMu.

Saya banyak belajar sepanjang tempoh ini. Bukan belajar pasal exam tapi dlm mngendalikan sesuatu pertandingan/ majlis rasmi. Biarlah sy kerja lebih. Tda apalah....pengalaman bah tu.hehe...

Orait, minggu depan Misa Pelajar. cannot wait oo...^_^

Yesus guide me everyday~

Tuesday, February 22, 2011

Assignment datang lagi!

Senarai kerja kursus yang mesti disiapkan:
1. Tamadun Islam
2. Falsafah Pendidikan di Malaysia
3. Sukatan Sekolah Rendah Bahasa Melayu
4. English Language Proficiency
*Buat ikut keutamaan.

Kata-kata untuk diri sendiri sepanjang menyiapkan kerja kursus ini:
"Do the best in everything that you do.."
Memang minggu menyiapkan kerja kursus adalah minggu yang sangat sibuk. Tidak cukup rehat, tidak cukup tidur terutamanya. Tapi apapun cabaran yang dihadapi, saya berharap saya masih boleh bertahan. I hope I can endure it until the end. Inilah dia perjuangan dalam menuntut ilmu. Gud luck! All da best..God Bless~

Sunday, February 20, 2011

Ayah...



Ku perhatikan seorang ayah sedang duduk termenung di kaki tangga. Dia memandang jauh ke hadapan. Aku sedar hanya jasadnya berada di situ sedangkan fikirannya melayang jauh. Dia agak terkejut sewaktu aku menegurnya. Aku melemparkan beberapa soalan. Sekadar beramah mesra. Sewaktu dia memberitahu yang dia sedang menunggu anaknya balik dan sudah dua hari dia tidak turun ke kebun untuk menoreh getah hanya kerna itu, hatiku sangat tersentuh. Aku tahu sudah lama anak-anaknya tidak pulang ke rumah menjenguknya dan begitu juga dengan isterinya. Dia bagaikan penunggu sepi.
 Adakah kesalahan lalu akan terus menghukumnya dan dia terus diabaikan oleh darah dagingnya sendiri apabila masing-masing sudah mempunyai kehidupan  sendiri. Wajarkah itu? Aku merenung sendiri. Tidak kusangka visualnya cerita ini terpampang di mata sendiri. Bukan sekadar penghias kisah dalam novel setebal 2 inci. Realitinya kisah ini semakin banyak berlaku dan terus berlaku. 
Kedut di wajah yang masih mampu mengatur senyum dan jemari kasar yang menyalamiku mengingatkan ku kepada sang ayah di kebun menoreh getah demi menyara sebuah keluarga. Betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukannya terhadapku. Pena mata bola hitam kuletakkan ke tepi. Peristiwa beberapa bulan lalu perlahan menyusup pergi dengan meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati. Satu pena baru berbicara di hati. Mengukir janji, ikrar akan menjaga keluarga tercinta selagi hayat dikandung badan.....