Tuesday, February 22, 2011

Assignment datang lagi!

Senarai kerja kursus yang mesti disiapkan:
1. Tamadun Islam
2. Falsafah Pendidikan di Malaysia
3. Sukatan Sekolah Rendah Bahasa Melayu
4. English Language Proficiency
*Buat ikut keutamaan.

Kata-kata untuk diri sendiri sepanjang menyiapkan kerja kursus ini:
"Do the best in everything that you do.."
Memang minggu menyiapkan kerja kursus adalah minggu yang sangat sibuk. Tidak cukup rehat, tidak cukup tidur terutamanya. Tapi apapun cabaran yang dihadapi, saya berharap saya masih boleh bertahan. I hope I can endure it until the end. Inilah dia perjuangan dalam menuntut ilmu. Gud luck! All da best..God Bless~

Sunday, February 20, 2011

Ayah...



Ku perhatikan seorang ayah sedang duduk termenung di kaki tangga. Dia memandang jauh ke hadapan. Aku sedar hanya jasadnya berada di situ sedangkan fikirannya melayang jauh. Dia agak terkejut sewaktu aku menegurnya. Aku melemparkan beberapa soalan. Sekadar beramah mesra. Sewaktu dia memberitahu yang dia sedang menunggu anaknya balik dan sudah dua hari dia tidak turun ke kebun untuk menoreh getah hanya kerna itu, hatiku sangat tersentuh. Aku tahu sudah lama anak-anaknya tidak pulang ke rumah menjenguknya dan begitu juga dengan isterinya. Dia bagaikan penunggu sepi.
 Adakah kesalahan lalu akan terus menghukumnya dan dia terus diabaikan oleh darah dagingnya sendiri apabila masing-masing sudah mempunyai kehidupan  sendiri. Wajarkah itu? Aku merenung sendiri. Tidak kusangka visualnya cerita ini terpampang di mata sendiri. Bukan sekadar penghias kisah dalam novel setebal 2 inci. Realitinya kisah ini semakin banyak berlaku dan terus berlaku. 
Kedut di wajah yang masih mampu mengatur senyum dan jemari kasar yang menyalamiku mengingatkan ku kepada sang ayah di kebun menoreh getah demi menyara sebuah keluarga. Betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukannya terhadapku. Pena mata bola hitam kuletakkan ke tepi. Peristiwa beberapa bulan lalu perlahan menyusup pergi dengan meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati. Satu pena baru berbicara di hati. Mengukir janji, ikrar akan menjaga keluarga tercinta selagi hayat dikandung badan.....

Selangkah ke hadapan...

Wahhh..saya tda sangka akhirnya habis juga masa 6jam untuk sesi ceramah KPP. Seperti kata Kaka Yaya, selangkah ke hadapan untuk mendapatkan lesen L. Lepas lesen L, lesen P la pula. Tda sabar-sabar lagi ni habis. Ahaaa..mesti mama dengan dady terkejut bila saya sudah habis ujian ambil lesen hujung tahun ini. Saya dengan Poh mau buat suprise, hehe..harap-harap mulut ni tda cakap lepas nanti. Sabar....
Masa ceramah, ada ditayangkan beberapa video tentang kemalangan jalan raya yang sememangnya sangat tragis dan saya tidak sanggup mau tingu sudah tapi kena tingu juga. Kebanyakannya berlaku atas kecuaian pemandu itu sendiri. Secara tidak langsung, sebentar tadi sebenarnya penceramah itu sudah berjaya menimbulkan kesedaran dalam diri saya supaya menjadi bakal pemandu yang berhemah. Praise to the Lord. Ok..Secara ringkasnya, untuk selamat di jalan raya semuanya bergantung kepada sikap pemandu itu sendiri. Tiada yang terkecuali. Semua bertanggungjawab menjaga keselamatan di jalan raya. Selebihnya adalah kuasa Tuhan.
So, tidak lupa ucapan terima kasih yang tidak terhingga pada cigu sebab tolong buka jalan bagi kami ambil lesen. God bless you.
Kawan-kawan saya Tiya, Poh dan Nazrin. Selamat maju jaya. 

Thursday, February 17, 2011

Aktiviti bulan ini dan seterusnya...

Shalom..=)
Sedar-sedar lama sudah pula saya tidak tulis apa-apa di ruangan blog saya. Not active la kunun/ Tiba-tiba pula malam  ini teringin mencoret sesuatu terutama tentang aktiviti yang bakal dijalankan mulai besok dan hari seterusnya. Besok Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) Ip Kent akan diadakan di Kompleks Sukan Penampang. Berbezanya tahun ini dengan tahun yang lalu kerana tahun ini KOT diadakan di luar IP. Semuanya gara-gara keadaan padang yang kurang mengizinkan. Apapun memang bestlah kalo lari di trek. Jadi, di sini saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang terlibat terutama kepada mereka yang ada mengambil bahagian dalam mana-mana acara.
Itu tentang KOT. Selain KOT, sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang dijalankan. Minggu depan, Catholic Student Group (CSG) akan mengadakan satu sesi khas dalam mendalami agama sendiri (Kristian). Sedihnya saya tidak dapat datang ke sesi tersebut kerana perlu menghadiri satu ceramah/ bengkel. Ceramah pasal ambil lesen kereta ja. Huuu, kenapa ni? Saya masih ragu-ragu untuk meneruskan niat ni. Arghhh!!! Tapi alang-alang mandi biar sampai basahlah. Kalau sudah berjanji harus ditunaikan. Lagipun apa salahnya ambil lesen pada awal-awal semester ini. Masih kurang sibuk dengan praktikal dan sebagainya. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Faham? Ada isi tersirat ya...
Kemudian, pada minggu berikutnya pula, CSG Ip Kent juga akan meganjurkan satu rekoleksi yang bertempat di gereja Tamparuli. Tidak sabar-sabar rasanya menanti hari itu. Saya berharap ramai ahli CSG berusaha untuk melibatkan diri dalam rekoleksi tersebut. Semoga hati mereka dibukakan untuk menyertai rekoleksi itu. Meskipun sibuk dengan kerja kursus, luangkanlah sedikit masa untuk Tuhan ya. 
Selepas itu, ada lagi aktiviti. Pada 5 Mac nanti SCSC akan mengadakan YOU CONCERT di Sacred Heart. Praise to the Lord.
Cuti pertengahan semester bermula 11 Mac. Selepas cuti ini, saya akan menjalani PBS di sekolah lama saya, iaitu Sk. Malima. Memang banyak nostalgia di sekolah ini. Saya berharap agar semuanya akan berjalan lancar.
Banyak lagi yang ingin saya kongsikan tetapi nampaknya masa amat mencemburui. Saya perlu tidur awal kerana besok semua perlu berkumpul di hadapan kelas sains pada jam5. Selamat malam.