Thursday, February 17, 2011

Aktiviti bulan ini dan seterusnya...

Shalom..=)
Sedar-sedar lama sudah pula saya tidak tulis apa-apa di ruangan blog saya. Not active la kunun/ Tiba-tiba pula malam  ini teringin mencoret sesuatu terutama tentang aktiviti yang bakal dijalankan mulai besok dan hari seterusnya. Besok Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) Ip Kent akan diadakan di Kompleks Sukan Penampang. Berbezanya tahun ini dengan tahun yang lalu kerana tahun ini KOT diadakan di luar IP. Semuanya gara-gara keadaan padang yang kurang mengizinkan. Apapun memang bestlah kalo lari di trek. Jadi, di sini saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang terlibat terutama kepada mereka yang ada mengambil bahagian dalam mana-mana acara.
Itu tentang KOT. Selain KOT, sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang dijalankan. Minggu depan, Catholic Student Group (CSG) akan mengadakan satu sesi khas dalam mendalami agama sendiri (Kristian). Sedihnya saya tidak dapat datang ke sesi tersebut kerana perlu menghadiri satu ceramah/ bengkel. Ceramah pasal ambil lesen kereta ja. Huuu, kenapa ni? Saya masih ragu-ragu untuk meneruskan niat ni. Arghhh!!! Tapi alang-alang mandi biar sampai basahlah. Kalau sudah berjanji harus ditunaikan. Lagipun apa salahnya ambil lesen pada awal-awal semester ini. Masih kurang sibuk dengan praktikal dan sebagainya. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Faham? Ada isi tersirat ya...
Kemudian, pada minggu berikutnya pula, CSG Ip Kent juga akan meganjurkan satu rekoleksi yang bertempat di gereja Tamparuli. Tidak sabar-sabar rasanya menanti hari itu. Saya berharap ramai ahli CSG berusaha untuk melibatkan diri dalam rekoleksi tersebut. Semoga hati mereka dibukakan untuk menyertai rekoleksi itu. Meskipun sibuk dengan kerja kursus, luangkanlah sedikit masa untuk Tuhan ya. 
Selepas itu, ada lagi aktiviti. Pada 5 Mac nanti SCSC akan mengadakan YOU CONCERT di Sacred Heart. Praise to the Lord.
Cuti pertengahan semester bermula 11 Mac. Selepas cuti ini, saya akan menjalani PBS di sekolah lama saya, iaitu Sk. Malima. Memang banyak nostalgia di sekolah ini. Saya berharap agar semuanya akan berjalan lancar.
Banyak lagi yang ingin saya kongsikan tetapi nampaknya masa amat mencemburui. Saya perlu tidur awal kerana besok semua perlu berkumpul di hadapan kelas sains pada jam5. Selamat malam.

No comments:

Post a Comment